Pengenalan
Pertubuhan Khairat Kematian Taman Melewar Kuala Lumpur (PKKTM) ditubuhkan untuk memberi bantuan kewangan apabila berlaku kematian ahli atau tanggungan ahli bagi belanja urusan pengebumian.
Pertubuhan Khairat Kematian Taman Melewar Kuala Lumpur (PKKTM) di daftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan diluluskan pada 21hb Ogos 1984 dengan nombor perdaftaran PPM-006-14-21081984.
Objektif
PKKTM ditubuhkan untuk memenuhi objektif berikut:
a . Menyediakan kos perbelanjaan pengurusan jenazah ahli atau tanggungan ahli apabila berlaku musibah kematian dengan kadar segera.
b . Mengumpul dan menguruskan wang tabung (yuran/derma) dengan teratur dan bertanggungjawab.
c . Menyediakan peluang kepada ahli untuk sama-sama menyumbang sebagai amalan kebajikan (infaq) dengan cara membantu ahli atau tanggungannya yang memerlukan bantuan apabila ditimpa musibah kematian.
d. Menguruskan jenazah ahli atau tanggungannya dari awal hingga akhir. Kami juga menguruskan jenazah bukan ahli apabila diminta oleh waris.
Undang-undang Kecil
Kelayakan
Seseorang itu adalah layak menjadi ahli sekiranya ia seorang warganegara permastautin di Taman Melewar Kuala Lumpur atau sekitarnya yang beragama Islam dan berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21) tahun dan tidak lebih daripada enam puluh (60) tahun pada tarikh permohonannya diluluskan.
Suami isteri tidak boleh menjadi lebih daripada satu (1) ahli. Isteri/suami akan menjadi tanggungan kepada ahli.
Tempoh Minima Mendapat Manfaat
Seseorang itu mula menjadi ahli daripada tarikh permohonannya diluluskan oleh AJK dan hanya boleh menerima bantuan yang ditetapkan selepas tempuh tiga puluh (30) hari dari tarikh keahliannya diluluskan.
Maksud Ahli dan Tanggungan Ahli
Isteri/isteri-isteri, suami,anak atau anak-anak seseorang ahli yg berumur dibawah dua puluh satu (21) tahun dan anak atau anak-anak yang melebihi dua puluh satu (21) tahun yang masih ditanggung oleh ahli dan yang didaftarkan kepada PPTMKL. Ibu bapa termasuk mertua ahli yang tinggal bersama adalah juga ditakrifkan sebagai tanggungan ahli.
#maksud anak-anak berumur melebihi 21 tahun yang masih ditanggung ahli adalah:
1. Anak lelaki yang masih belajar di kolej/universiti dan belum berkahwin.
2. Anak perempuan yang belum berkahwin.
Pendaftaran Ahli Keluarga Secara Berasingan
Anak atau anak-anak lelaki yang sudah mencapai umur lebih 21 tahun dan masih tinggal bersama dengan ahli serta berminat menjadi ahli PKKTM, perlulah mendaftar sebagai ahli.
Anak/anak-anak perempuan yang melebihi 21 tahun dan telah berkahwin yang masih tinggal bersama dengan ahli dan berminat menjadi ahli boleh mendaftar sebagai ahli atau suaminya menjadi ahli dan beliau menjadi tanggungan.
Sumbangan Yuran Tahunan
Sumbangan yuran tahunan PKKTM adalah sebanyak RM50.00 untuk seorang ahli. Bayaran boleh dibuat kepada AJK atau pegawai perhubungan zon yang dilantik.
Bayaran boleh dibuat melalui nombor akaun Pertubuhan Khairat Kematian Taman Melewar - 12225010001627 (Bank Islam Malaysia Berhad). Sila hantarkan resit transaksi yang dibuat kepada Tuan Bendahari PKKTM di nombor 019-3514568.
Yuran Pendaftaran
Yuran pendaftaran dikenakan RM10.00 sekali seumur hidup. Apabila diluluskan keahliannya, ahli baharu tersebut akan menerima surat kelulusan dari Setiausaha bersama resit bayaran.
Ahli Yang Berpindah Kawasan Membayar Yuran Penuh
Seseorang ahli yang telah membayar yuran tahunan SEPENUHNYA dan kemudian berpindah keluar dari Taman Melewar dalam tempuh tahun berkenaaan dan seterusnya masih berminat menjadi ahli serta tetap m membayar yuran tahunan adalah LAYAK menuntut manafaat sekiranya berlaku musibah setelah berpindah.
Ahli Yang TIDAK Membayar Yuran.
Ahli yang tidak membuat bayaran yuran selama 2 tahun berturut-turut maka keahliannya terlucut dengan sendirinya. Untuk aktifkan semula, beliau dikehendaki membuat bayaran yuran yang tertunggak itu dan mendapat kelulusan 2/3 AJK yang bermesyuarat.
Ahli yang tidak membayar yuran pada tahun semasa/sebelumnya, sekiranya terjadi kematian ahli/tanggungan, maka yurannya akan dipotong dari bantuan khairat tersebut.
Manfaat
Kelebihan dan manfaat menyertai PKKTM adalah untuk meringankan kos pengurusan jenazah bagi keluarga si mati dan menguruskan hal-hal kebajikan dengan segera. Apabila berlaku kematian wang bantuan yang akan dikeluarkan adalah seperti di bawah:-
| Bil | Penerima Faedah/Manafaat | Kadar Faedah (RM) |
| 1 | Ahli | 1500 |
| 2 | Pasangan Ahli | 1500 |
| 3 | Anak berumur dari 3 tahun | 1500 |
| 4 | Anak termasuk janin yang lahir keguguran tetapi cukup sifat | 750 |
| 5 | Ibu bapa/mertua yang tinggal bersama | 1500 |
Kos Pengurusan Jenazah
| Perkara Urus/KOS | Ahli dan tanggungan (Perkuburan Raudhatul Sakinah 2) | Bukan Ahli (Perkuburan Raudhatul Sakinah 2) | Ahli dan tanggungan (Perkuburan Taman Bukit Permata |
| Kain/Peralatan Kapan | 230.00 | 230.00 | 230.00 |
| Kubur | 400.00 | 400.00 | 500.00 |
| Caj Van Jenazah ke Kubur | 150.00 | 300.00 | 150.00 |
| Pemandi Jenazah | 200.00 | 200.00 | 200.00 |
| Imam Solat Jenazah | 50.00 | 50.00 | 50.00 |
| Pembaca Talkin | 50.00 | 50.00 | 50.00 |
| Dobi dan Peralatan | 50.00 | 50.00 | 50.00 |
| Penyelaras | 50.00 | 50.00 | 50.00 |
| Levi | 0 | 300.00 | 0 |
| Total Kos (RM) | 1180.00 | 1630.00 | 1280.00 |
| Caj Van Jenazah ambil dari hospital | 80.00 | 80.00 | 80.00 |
Jawatankuasa
Yang Dipertua
USTAZ HAJI OMAR BIN MEHAT
- Alamat: NO 68, JALAN MARMAR 1, TAMAN MELEWAR, 68100, KUALA LUMPUR.
- Telefon #: 013-3363066
Timbalan Yang Dipertua
TUAN HAJI MD YON BIN SAPON
- Alamat: -NO 21, JALAN MARMAR 2, TAMAN MELEWAR, 68100, KUALA LUMPUR.
- Telefon #: 017-7772692
Setiausaha (Pegawai Perhubungan Zon L)
TG KHIARAFIF BIN TG DIR
- Alamat: NO 126, JALAN MARMAR 1, TAMAN MELEWAR, KUALA LUMPUR
- Telefon #: 0192627238
Penolong Setiausaha (Pegawai Perhubungan Zon E)
TUAN HAJI HILMIN BIN MOHD YUSOF
- Alamat: NO 55, JALAN BATU GELIGA 2, TAMAN MELEWAR, 68100, KUALA LUMPUR
- Telefon #: 012-2873944
Bendahari
TUAN HAJI MOHD. IHWAN BIN SUDIM @ HJ BASRI
- Alamat: NO 20, JALAN AMZIL, TAMAN MELEWAR, 68100, KUALA LUMPUR
- Telefon #: 019-3514568
Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Penyelaras Urusan Jenazah)
TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN YOB OTHMAN
- Alamat: NO 129, JALAN BT GELIGA, TAMAN MELEWAR, KUALA LUMPUR
- Telefon #: 012-9733645
Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon A)
TUAN HAJI ENGKU ABAS BIN OMAR
- Alamat: 44, JALAN AMZIL, TAMAN MELEWAR KUALA LUMPUR
- Telefon #: 016-2248986
Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon B)
TUAN HAJI HOUD BIN HJ HASSAN
- Alamat: 32, JALAN 1/7, TAMAN CHANGKAT DESA, KUALA LUMPUR
- Telefon #: 018-3871955
Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon C)
TUAN HAJI MD ARSHAD BIN ABU BAKAR
- Alamat: 428 N, JALAN BATU GELIGA, TAMAN MELEWAR K.LUMPUR
- Telefon #: 013-3604611
Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon D)
EN. ABDUL RAZAK BIN ABDUL MUTALIB
- Alamat: 14,JALAN MARMAR 1, TAMAN MELEWAR, KUALA LUMPUR
- Telefon #: 019-4803524
Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon F)
EN MOHAMAD SHOHAIMI BIN HJ SHAARI
- Alamat: LOT 536-C, JALAN MARMAR, TAMAN MELEWAR
- Telefon #: 011-28590594
Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon G)
EN JAMALUDIN BIN JAAFAR
- Alamat: NO 2, LOT 2937, KG LEMBAH MELEWAR, KUALA LUMPUR
- Telefon #: 016-3298110
Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon H)
TUAN HAJI MEGAT NOR HASHIM BIN MEGAT N IBRAHIM
- Alamat: 12, LRG BT GELIGA 2, TMN MELEWAR INDAH, GOMBAK, SELANGOR
- Telefon #: 019-2252862
Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon I)
TUAN HAJI SA’AYA BIN NAWAWI
- Alamat: 128, JALAN MARMAR 1 TAMAN MELEWAR KUALA LUMPUR
- Telefon #: 011-28238129
Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon J)
EN MOHD KHAIRI BIN DIN
- Alamat: 23, JALAN MARMAR 2, TAMAN MELEWAR
- Telefon #: 013-2031313
Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon K)
EN ZAINUDDIN BIN ZAKARIA
- Alamat: 32, JALAN MARMAR 3, TAMAN MELEWAR KUALA LUMPUR
- Telefon #: 019-3542592
Ahli Jawatankuasa Kerja (Pegawai Perhubungan Zon M)
TUAN HAJI MOHAMAD AZHAR BIN MOHAMAD HAMIDI
- Alamat: 15, JALAN UBIN, TAMAN MELEWAR, KUALA LUMPUR
- Telefon #: 019-3805550
Prosedur
Dokumen Yang Diperlukan untuk Pengurusan Jenazah
Bagi melancarkan urusan pengurusan jenazah dan tuntutan bayaran, ahli atau waris dimohon untuk menyerahkan dokumen berikut kepada Pegawai Pengurusan Jenazah PKKTM:
- Pendua berwarna kuning Daftar Kematian sekiranya meninggal di hospital.
- Salinan Resit Sementara Daftar Kematian dari Balai Polis sekiranya meninggal di rumah.
- Salinan kad pengenalan orang yang membuat tuntutan.
Maklumat Pegawai Pengurusan Jenazah PKKTM
| Tuan Haji Zainal Abidin bin Yob Othman | 012-9733645 |
| Encik Mohd Shohaimi bin Shaari | 011-19743613 |
Prosedur